Promosi Keahlian

Kini Ansara memperkenalkan keahlian seumur hidup kepada semua bekas pelajar MRSM yang berkonsepkan 1Ansara yang mana semua ahli dari semua cawangan akan menjadi ahli seumur hidup.

Konsep baru keahlian ini akan memberi insentif yang bermakna buat ahli serta cawangan dengan pendaftaran menggunakan sistem online melalui website Ansara yang penuh dinamik. Sistem ini akan lebih efektif dan mudah serta dapat membantu proses keahlian di peringkat cawangan dan pusat agar dapat diselaraskan dengan lebih sistematik.

Dengan bayaran RM 50 sahaja, ahli akan memperolehi kad keahlian eksklusif serta menikmati pelbagai keistimewaan melalui semua aktiviti Ansara dan Rakan Niaga Ansara. InsyaAllah.

Jangan lepaskan peluang ini. Sertailah Ansara sekarang dengan layari www.ansara.org.my .
Jom ajak kawan-kawan. Dari Mara kita datang, melalui Ansara kita menyumbang.

Nota:

Sistem pengurusan Ahli yang melibatkan pendaftaran dan pembayaran online sedang dalam tempoh ujian, pendaftaran ahli masih dibuat secara manual di link berikut : Apply Ansara Membership (Anda perlu berdaftar di Portal terlebih dahulu)

Sila hubungi secretariat :
- email: ansaramalaysia@gmail.com

Kemaskini Maklumat

Ansara amat mengalu-alukan ahli yang berdaftar di portal ini untuk mengemaskini maklumat dari masa kesemasa dengan merujuk kepada kod Ansara Cawangan masing-masing. Adalah menjadi hasrat kami di sekretariat untuk melihat hubungan akrab antara ahli Ansara baik sesama Cawangan atau dengan Cawangan-cawangan yang lain.

Menjemput Rakan Baru(Invite new members)

Portal ini juga ada menyediakan borang khas untuk menjemput ke email ahli Ansara yang belum berdaftar supaya melakukan pendaftaran disini. Sila masukkan email rakan ke ruangan yang terdapat di bahagian bawah laman ini.

Invite a friend

Recommend Persatuan Bekas Pelajar MRSM to: