Projek Rumah Rakyat Tabung HIP kini hampir selesai

Bantuan pembinaan rumah baru menggantikan rumah sementara yang usang bagi ibubapa pelajar tingkatan lima 2011, MRSM Kepala Batas, Raja Nur Syakirah Binti Raja Idris.

Projek perintis perumahan rakyat dibawah naungan ANSARA - Tabung HIP dengan kerjasama MRSM Kepala Batas perlaksanaan bersama oleh pejabat MARA Daerah serta GIAT MARA.

Pembinaan bermula semenjak bulan November 2011 yang lalu. Dalam tempoh 2 bulan, hasilnya kini seperti yang dipaparkan dibawah.

Dalam Perlaksanaan.

Sudah Hampir Siap.

Projek Sudah Selesai

Rumah lengkap dengan perabut telah diserahkan pada 14 Januari 2012 dan kini keluarga Raja Nur Syakira telah mula mendiami premis tersebut.

Terima kasih khususnya kepada pihak Rejimen Askar Melayu DiRaja, MRSM Kepala Batas dan penderma-penderma yang menyumbang dalam pelbagai cara.

Sekian.