Projek Rumah Rakyat (Perintis)

Bantuan pembinaan rumah baru menggantikan rumah sementara yang usang bagi ibubapa pelajar tingkatan lima 2011, MRSM Kepala Batas, Raja Nur Syakirah Binti Raja Idris.

Projek perintis perumahan rakyat dibawah naungan ANSARA - Tabung HIP dengan kerjasama MRSM Kepala Batas perlaksanaan bersama oleh pejabat MARA Daerah serta GIAT MARA.

Proses mengenalpasti tapak yang baru telah dilakukan dan kawasannya telah dicerahkan dengan bantuan pihak tentera. Pembinaan dijangka bermula pada 30hb November ini.

Paparan slideshow untuk projek ini boleh dilihat dibawah:

1. Lawatan Awal ke rumah Raja Nur Syakirah:

2. Penebangan pokok-pokok di tapak yang baru.

Perkembangan Projek Perintis Rumah Rakyat.

Kerja-kerja membersihkan tapak telah selesai dan pada hari Khamis 24 Nov, kerja-kerja awal mendirikan tiang rumah telah dimulakan.
Kerana kesibukan dan tidak dapat menepati jadual yang ditentukan pihak Giat MARA tidak dapat bersama progran ini, yang kini dijalankan oleh Askar Melayu DiRaja.
Sumbangan yang diterima setakat ini sejumlah RM25.000. Sumbangan mendapat pelepasan cukai.
Sumbangan amat di alukan.
Terima kasih.

Zahari Mohamed,
CEO Tabung HIP,
0166058369.