Hari ini genaplah 18 hari Alumni PKP MRSM Kulim 89 melancarkan projek Jualan Bahan Binaan Asrama Puteri Ummu Salamah. Rupanya the e-mel yang pertama telah di hantar pada hari Selasa, 1 November 2011. pada jam 9.27am. Cukup lengkap sekali catatannya. Begitulah hidup kita, dihisab setiap hari dengan catatan di kiri dan kanan. Mari kita tengok:
Tue, Nov 1, 2011 at 9:27 AM
Assalamualaikum sahabat2 sekalian, Since saya sudahpun dilantik secara rasmi (oleh Makcik Kiah) sebagai Ketua Jawatankuasa Jual Menjual, jadi dengan ini ada satu lagi agenda yang belum dibereskan, iaitu untuk menyiapkan Asrama Puteri Ummu Salamah. Dalam agenda kali ini, kita memerlukan agen2 dalam dan luar negara untuk memasarkan produk2 seperti berikut:
1. Simen 200 bag rm18.00 each
2. Kapur Air 400 bag rm 2.50 each
3. Mangkuk Tandas 10 unit rm 70.00 each
4. Longkang 100 unit rm 15.00 each
5. Pagar Hijau 5' 50 gulung rm100 segulung
7. Pasir 30 lori rm60.00 selori
Jadi, dengan ini, kami telah mencadangkan agar kita sama2 dapat mencari pembeli untuk barangan2 tersebut. Bersama dengan e-mel ini saya lampirkan file pdf bagi memudahkan sahabat membuat urusan jualan. Seperti contoh, Harath sudahpun bersetuju untuk menjual Simen. Jadi, apa yang Harath perlu buat ialah, printkan lampiran, dan cari sekurang2nya 15 pembeli. Jadi, Harath akan membawa sekurang2nya 15 kampit simen untuk Ummu Salamah. terimakasih, harath. Jadi, sahabat2 sekalian, please email me, which item u're intersted in. Otherwise i have to allocate who's selling which item. I really hope each and everyone can contribute their energy this time. I really really need you guys on this. Sapa lambat chop, i akan suruh dia jual magkuk tandas! ha ha... tak pe, yang tu kita bagi dekat McNa.
Mag
Ketua JK Jual Menjual, Alumni PKP MRSM Kulim 89 :)
Itulah e-mel pertama. Alhamdulillah, selepas 18 hari, yang penuh dengan warna warni, akhirnya kita sama-sama telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM23,430 untuk penyiapan Asrama Puteri Ummu Salamah.
Memang projek ini penuh warna warni kerana kali ini lebih ramai anggota Alumni yang menyumbang tenaga. Nawal merupakan ejen yang pertama direkrut oleh Syarikat Jual Menjual ini. Kepantasan Nawal meraih jualan sebanyak RM1000 telah menyebabkan Haris tidak tidur semalaman. Keesokan harinya, sebelum subuh lagi Haris serta merta menjadi ejen pertama yang berjaya menjual sebuah mangkuk tandas. Walaubagaimanapun, Ejen Cik Puan merasa sedikit tergugat di mana keseluruhan mangkuk-mangkuk habis dibolot kesemuanya oleh Cik Puan kita.
Ejen bata 001 aka Ka Zam pula melaksanakan tugas dengan penuh tawaduk. Entah pelaris gred berapa beliau pakai sehingga akhirnya beliau mendapat potongan diskaun harga bata sebanyak 50%. Inilah yang dikatakan sebagai the power of Zam Zam Ala Kazam. Bata-batanya dapat dibeli pada harga 20 sen satu, menyebabkan peratus jualannya terus mendadak naik ke daripada 40% ke 80%. Tahniah Ka Zam, jampi kau memang menjadi.
Ejen batu kerikil, Sherry pula merasa sangat-sangat tidak berpuas hati kerana Ejen-Ejen Ubi - Khairil dan Mas secara tiba-tiba membawa sale yang banyak, menyebabkan akaun terpaksa ditutup serta merta. Itulah yang dikatakan diam-diam ubi, berisi. Ejen Sherry baru nak masuk gear dua, dah nak kena reverse. Tak pe Sherry, nanti ko boleh cuba jual lori simen pulak, ya. (Lihat gambar). Dalam pada kegembiraan pasti ada kesedihan. Kali ini Ejen Harath terkandas di kedai Salvatore Ferragamo di kota Milan, menyebabkan beliau tidak sempat menjual simen-simennya kerana telah habis dijual. Sebenarnya, ramai lagi yang mahu membuat Belian Amal ini, akan tetapi jumlah yang dikehendaki sudahpun cukup, dan jangan bimbang, kami akan membuat Jualan Wave Ke-2 tahun depan bagi membina Asrama Lelaki Ummu Salamah pula. InsyaAllah.
More news here:
http://lhus-kulim89.blogspot.com/