Jika diizinkan Allah pada 10 Oktober 2007, akan tercatat dalam sejarah negara, seorang anak muda Malaysia akan berjaya menjejakkan kaki di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Lebih Istimewa buat Ansara ialah calon utama dari Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor merupakan bekas pelajar MRSM. Marilah kita berdoa agar cita-cita negara dan beliau dimakbulkan Allah.
Berikut ialah ucapan khas daripada Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kepada seluruh ahli Ansara dan warga MRSM:
Khas buat ANSARA,
Saya sebagai bekas pelajar MRSM Muar 1985-1989 ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sokongan anda.
Terpilihnya saya sebagai angkasawan negara adalah hasil titik peluh guru-guru MRSM dan saya berjanji untuk menyumbangkan bakti saya kepada negara yang tercinta.
Saya juga berharap selepas program angkasawan ini saya dapat menyuntik inspirasi kepada semua pelajar di Malaysia khususnya pelajar-pelajar MRSM diseluruh negara.
Ke arah negara yang cemerlang , gemilang dan terbilang
"Sekiranya saya mampu melakukannya , saya yakin anda juga boleh! "
Wassalam
Dr Sheikh
Angkasawan Negara